Thursday, 29 September 2011

Irma Hasmie tidak pernah bermusuh dengan Nabil

 Irma


Ramai sudah tahu Nabil dan Irma Hasmie pernah menjadi topik hangat beberapa ketika dulu. Mereka pernah menjadi pasangan kekasih sebelum ini walaupun pada waktu Nabil memenangi Raja Lawak 2, dia dikaitkan dengan Mila AF5. Namun itu semua sudah menjadi sejarah.

Menurut sebuah laman hiburan tempatan, menjelang majlis perkahwinan Nabil & Zira pada ahad ini, Irma Hasmie yang juga bekas kekasih Nabil masih lagi belum menerima apa-apa jemputan. Namun begitu, Irma Hasmie tetap tidak akan hadir walaupun jika dia dijemput selepas ini.

“Tak manis rasanya, jika saya nak hadir ke majlisnya. Nampak agak pelik pula nanti bila bekas kekasih hadir dan saya tak mahu timbul perkara yang tak elok pula nanti. Lagipun inilah salah satu cara saya menghormati hari bahagia Nabil dan isteri.” ujar Irma Hasmie.

Dia turut gembira dengan status Nabil yang ingin menamatkan zaman bujangnya berkata, “Apa-apa pun, saya mahu ucapkan tahniah pada Nabil. Mudah-mudahan Nabil dapat melayari bahtera perkahwinannya dengan rahmat dan keberkatan dari Allah.”

Irma Hasmie turut berkata, dia tidak mahu ketidakhadirannya nanti menimbulkan tanda tanya pada ahli keluarga Nabil pula kerana dia masih lagi mempunyai hubungan yang baik dengan ahli keluarganya.

“Saya tak pernah bermusuh dengan Nabil, jauh sekali dengan ahli keluarganya kerana saya juga agak rapat dengan adik beradik perempuannya. Saya pun tak suka nak bermusuh dengan sesiapa kerana takut tidak berkesempatan untuk meminta maaf.”

Irma turut menambah, “Saya tak mahu mereka berkecil hati dengan tindakan saya kerana saya masih menjaga hubungan baik dengan mereka. Tidak pernah putus walau apa juga sekalipun.”

Majlis perkahwinan Nabil & Zira akan berlangsung pada 2 Oktober ini di bandar I-City, Shah Alam.
-kredit ohbulan

Banggunan Pelik Di Dunia !!!!

Dizaman serba moden dan cangih kini telah wujud banyak bangunan yang menakjubkan serta reka bentuk yang menarik, bukan hanya bangunan pencakar langit sahaja tercatat dalam rekod dunia.

Bentuk yang aneh, reka bentuk yang membawa kelainan, dan gaya yang berbeza dengan seni bina moden. Hari ini 10 bangunan yang paling menakjubkan serta reka bentuk menarik telah di senaraikan

Cubic Houses, Rotterdam, Netherlands



Dancing Building, Prague, Czech Republic



The Ufo House, Sanjhih, Taiwa



Kansas City Public Library, Missouri, United-States


Ferdinand Cheval Palace a.k.a Ideal Palace, France



Forest Spiral Hundertwasser Building, Darmstadt, Germany



Guggenheim Museum, Bilbao, Spain



Lotus Temple, Delhi, India




Ripley’s Building, Niagara Falls, Ontario, Canada


The Crooked House, Sopot, Poland









Monday, 26 September 2011

Janda Yang Kehausan


Sejak kematian suaminya, Rosmah selalu diganggu oleh pemuda-pemuda di sekitar rumahnya yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Rosmah tidak pernah melayani pemuda-pemuda tersebut, kerana hatinya masih rindu kepada suaminya, walaupun sebenarnya di dalam hatinya terasa sangat-sangat kesepian dari segi zahir dan batin terutamanya. Lebih lebih di waktu malam hari… Rasa kesepian di hatinya memuncak muncak.

Hendak di jadikan cerita..

Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi… Rosmah bangun dari tidurnya. Badannya terasa panas… tekaknya terasa haus… Rosmah merasa begitu dahaga sekali…

Rosmah bangun perlahan dan keluar dari biliknya menuju ke dapur… langkahnya begitu cepat seiring dengan kehausan yang sedang menerpanya.

Sesampai di dapur… Rosmah langsung membuka peti sejuk dan mengambil sebotol air sejuk…

Tiba-tiba!

Rosmah menuangnya ke dalam gelas dan meminumya dengan cepat. Setelah meminum air tersebut… Rosmah kembali ke dalam bilik untuk tidur kembali.

Begitulah kisah mengenai Rosmah, seorang janda yang kehausan. :)

heee

amik dari sentuhanmaya

Wednesday, 21 September 2011

Hotel Untuk Orang Mati Di Jepun

Hotel Terakhir
LASTEL di Yokohama ialah sebuah hotel yang istimewa. Kesemua penghunyinya terdiri dari mereka yang sudah meninggal dunia. Di Jepun kadar kematian tahunannya ialah 0.94% . Ini adalah jauh lebih tinggi dari purata kematian dunia 0.84% setahun. Tahun lalu sahaja terdapat lebih 1.2 juta kematian diseluruh negara matahari terbit ini. Ini adalah peningkatan sebanyak 55 000 kematian dari tahun sebelumnya. Akibat kadar kematian yang bertambah, rumah mayat dan pembakaran menghadapi masalah menguruskan jenazah. Si mati yang siap diuruskan rumah pengkebumian biasanya terpaksa menunggu sehingga 4 hari sebelum mayatnya dibakar. Melihat situasi ini Encik Hisayoshi Teramura mendapat idea membina LASTEL sebagai tempat "penginapan" terakhir simati.Kamu pasti tertanya

"Kenapa tak bina sahaja lebih banyak rumah mayat dan rumah pembakaran? Kan lebih mudah?"

Jawapannya ialah di Jepun tanahnya terhad. Tiada siapa mahu rumah pembakaran atau bilik mayat berhampiran rumah mereka. Nak letak keranda dirumah sementara menunggu giliran pembakaran pula rumah di Jepun memang terkenal kecil. Encik Hisayoshi Teramura mengenakan bayaran YEN 12 000 (USD 157) semalam kepada waris simati bagi memberi perkhidmatan menyimpan mayat dalam suasana yang dignified. Bilik LASTEL sebenarnya hanyalah bilik-bilik sejuk dan ahli keluarga boleh melawat simati bila-bila masa mereka rasakan selesa. Bizarre or just plain genius?





kredit = blogserius

Tuesday, 20 September 2011

Cyber Cafe bersama Gadis Cun








kredit to SK




Monday, 19 September 2011

Gambar dR Rozmey bersama Ferrarinya

Adajer kereta yang membuatkan kita geram...!!!

Siapa tak kenal Dr Rozmey...,kami pasti ramai yang kenal beliau kan..hehe

Meh kita layan gambar kereta terbaru Dr Rozmey







tags : gambar ferrari dr rozmey, gambar dr rozmey bersama ferrari, kereta terbaru dr rozmey



Sunday, 18 September 2011

Gambar Pian Cecupak Buang Kolagen (hangat)

Kerana ingin membuktikan kebenaran, Pian Cecupak akhirnya mengirim gambar-gambar bukti pembuangan kolagen daripada wajahnya di laman Facebook. Semua ini dilakukan oleh Pian semata-mata kerana mahu menangkis dakwaan segelintir pihak yang dia masih tidak insaf.


“Dah dah lah cerita ni aku berkata benar kerana janji aku pada Allah. Ni ada statement menjatuhkan Pian. Baca dan fikir apakah sebenarnya mereka nak pada kita? Hamba Allah ni terus menerus aibkan aku. Aku dah cakap aku silap, kenapa tak beri peluang aku berubah? Aku dah tak gunakan kolagen malah aku membuangnya,” ujar Pian Cecupak dipetik sebagai berkata.

“Ini bukti aku buang kolagen. Aku bercakap perkara benar. Sepatutnya pihak berkenaan bertanya kepada Pian, tak perlu buat andaian yang bukan-bukan. Terima kasih kepada pihak itu kerana mengaibkan aku lagi," tambahnya merujuk kepada sebuah blog gosip.


Saturday, 17 September 2011

GAMBAR BURUNG ANGRY BIRDS VERSI SEBENAR

Adajer gambar pelik kan...

Siapa kenal Angry Bird...??

Kami pasti ramai mengenali Angry Bird betul tak...?? ('',)

Disini kami kongsikan gambar angry bird veri karton dan versi sebenar..hehe

birds01

Thursday, 15 September 2011

Pelacur Berusia 50 tahun dapat 1,75 juta Dollar

 Adajer dunia sekarang ni
 
Seorang pelacur yang sudah berusia 50 tahun bernama Dawn Dunbar muncul di depan pengadilan Reading Crown Court, Inggris, setelah terungkap jika boss perusahaan mainan ternama Toys R Us menggunakan wang perusahaan untuk membayarnya. 
 

Dawn Dunbar

Dilapor The Sun, Rabu (14/9/2011), hakim di Reading Crown Court bernama Stephen John menanyakan Dunbar mengapa ia meminta imbalan wang untuk seks kepada Direktur Toys R Us Paul Hopes. Namun ia mengatakan jika bukan dirinya yang menetapkan harga melainkan Hopes.

Pengadilan ini menghadirkan Dunbar sebagai saksi atas kes penggunaan wang perusahaan sebanyak 3,7 juta poundsterling yang sebhaagian digunakan untuk membayar pelacur. Bahkan, Dunbar dikhabarkan menerima 1,75 juta dollar poundsterling sebagai bayaran setelah Hopes yang berusia 59 tahun itu ketagihan mengenakan khidmat pelacur untuk pemuas hasrat birahinya.

Kebanyakan wang itu berada dalam bentuk barang seperti kerata antara lain Lexus GS300,Toyota Landcruiser, dan Lexus RS400h 4x4, yang diberikan Hopes kepada Dunbar sebagai hadiah. Hopes juga memberikan Bentley Continental setelah Dunbar mengatakan kepada Hopes jika setiap perempuan ingin Bentley.

"Saya adalah simpanannya dan dalam beberapa hal saya perlu katakan bahawa ia akan memanggil saya simpanan jika ia ingin saya memukulinya, menlibasnya, dan memperlakukan dirinya sangat buruk," kata Dunbar. Kejahatan ini baru terungkap setelah tetangga Dunbar melihat gaya hidup Dunbar yang sangat extravaganza. Ia mengaku jika dirinya tak tahu Hopes mengambil wang perusahaan kerana selalu diberitahu jika wang itu hasil penjualan saham.

Wednesday, 14 September 2011

Gambar Sekitar Hiroshima Selepas Letupan Bom Atom

Adajer gambar yang sadis kita akan lihat









RIP

Gambar Fatin Nur Afifah(pelakon tentang bulan) bercinta dengan PENGKID.?

Adajer artis Malaysia sekarang ni...dari sorang ke sorang buat hal...





 Pelakon tentang bulan, Fatin Nur Afifah


Fatin Nur Afifah dikatakan bercinta dengan seorang pengkid yang bernama Puteri Sarah dan hubungan mereka telah pun mencecah usia satu tahun.


Gambar Fatin Nur Afifah bersama si dia yang diambil daripada blognya.









kredit to ohartis


Apapun minta tidak kena pada keluarga kita

Gambar Buaya Besar Gila di Filiphina

Adajer manusia berani tangkap buaya ni...,

Siapa yang tak pernah tengok buaya besar atau berjumpa dengan buaya besar..?? kami pun tak pernah jumpa dan tak berani jumpa..hee

Kita layan jer la gambar buaya yang serius besar di Filiphina





Tuesday, 13 September 2011

Baju diperbuat daripada Coklat

Adajer idea bangang orang putih ni...motif..????

Kami pun tak tahu...hehe







Bukan baju sahaja boleh makan, oranngnya pun boleh makan kot..('',)

Gambar Patung Obama bunuh Osama Laden

Adajer idea matsaleh ni untuk berniaga

Dari pereka patung Steve Jobs dan Mark Zuckerberg kini muncul pula patung diorama Obama Bunuh Osama. Patung aksi edisi terhad 500 buah ini dijual pada harga USD 129 sebuah. Patung Obama lengkap dengan tangan memegang raifal, peluru dan beg tangan.






Kredit blogserius




Restoran guna sos ada DNA babi

  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
SALAH sebuah restoran makanan yang disamak oleh JHEAINS selepas didapati menggunakan sos yang mengandungi DNA babi di Seremban. 
 


 
SEREMBAN – Sebanyak 15 premis makanan termasuk restoran makanan segera popular dan berstatus halal di negeri ini serta beberapa negeri lain dikesan menggunakan sos serta beberapa bahan yang disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Perkara tersebut terbongkar selepas pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melakukan pemeriksaan mengejut di premis berkenaan pada bulan lalu.

Hasil pemeriksaan tersebut mendapati, premis terbabit masih menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce yang disahkan mengandungi DNA babi oleh Jakim.

PRODUK sos HP dan Tabasco Pepper yang didapati mengandungi DNA babi.

Seorang jurucakap JHEAINS berkata, susulan itu semua premis makanan tersebut termasuk semua peralatan yang digunakan premis berkenaan terpaksa menjalani proses samak.

Katanya, premis berkenaan yang termasuk beberapa buah restoran, kedai kek dan restoran makanan segera telah disamak sebagai syarat untuk mereka memperoleh sijil halal.

“Kita melakukan pemeriksaan di premis-premis berkenaan selepas pihak Jakim mengesahkan bahawa dua sos berkenaan dan satu serbuk penaik jenama Puratos mengandungi DNA babi,” katanya di sini semalam.

Menurut jurucakap itu, ketika pemeriksaan, pemilik premis berkenaan mendakwa mereka tidak tahu bahawa produk yang digunakan oleh mereka mengandungi DNA babi.



PRODUK sos HP dan Tabasco Pepper yang didapati mengandungi DNA babi.  
 
-kosmo 
 

Monday, 12 September 2011

Gambar Penerjun Yang Mati Ketika WTC Runtuh


Adajer gambar yang diambik ketika apa-apa kejadian yang berlaku

Di sini kami kongsikan gambar yang diambil oleh jurukamera yang berpengalaman ketika kejadian WTC runtuh














Agak sadis melihat semua gambar ini...





Senarai Kutipan Box Office Filem Malaysia

Pengarah muda terkenal, Syamsul Yusof boleh berbangga dengan pencapaian peribadinya apabila filem terbarunya, KL Gangster berjaya berada di tempat pertama carta filem Malaysia dengan kutipan paling tinggi. Syamsul yang telah beberapa kali memadam rekod ayah’nya sendiri, pastinya tidak terkejut dengan pencapaian ini di mana filem Syamsul sebelum ini juga berada di tangga ke-4 carta box-office iaitu filem Khurafat.

Filem keluaran Metrowealth, Ngangkung dan Kongsi berada di tempat ke-2 dan ke-3 dengan kutipan RM3 juta dibelakang filem KL Gangster iaitu sebanyak RM8.18 juta dan juga RM8.09 juta berbanding kutipan KL Gangster sebanyak 11.74 juta.





KRU yang mempertaruhkan filem dengan kos yang besar, Hikayat Merong Mahawangsa hanya berpuas hati di tangga ke-7 dengan jumlah kutipan sebanyak RM6.5 juta dibelakang filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Adnan Sempit.

Semoga pengarah tempatan kita dapat menghasilkan filem yang lebih hebat di masa hadapan sekaligus dapat bersaing dengan filem-filem luar. Lebih menarik, jika dapat ditayangkan serentas seluruh dunia. Ianya bukan mustahil bila melihat perkembangan yang sihat di dalam industri filem kita ini.

Apapun, kutipan filem yang tinggi tidak membawa makna filem itu hebat. Kutipan filem juga mengambil faktor bila filem tersebut ditayangkan. Mana mungkin filem melayu yang ditayangkan pada hari filem Transformers ditayangkan nak dapat jumlah kutipan yang besar.

Apapun carta ini hanya sah sehingga awal penghujung Jun 2011. Kami mengjangkakan dalam update terkini oleh FINAS nanti, Hantu Bonceng mungkin akan mendapat tempat di dalam carta tersebut. Tahniah buat penggiat seni tempatan.


kredit - ohartis

tags: box office malaysia, kutipan tertinggi filem malaysia, kutipan tertinggi filem di malaysia,