Friday, 9 September 2011

Badan KD lebih cantik selepas bersalin


Bentuk badan penyanyi Krisdayanti (KD) selepas melahirkan anak ketiga, Arrianha Amora Lemos dikatakan jauh lebih cantik berbanding ketika melahirkan anak keduanya.

Menurut rakanya, Iis Dahlia, bentuk badan KD lebih kurus jika dibandingkan semasa melahirkan Azriel hasil perkahwinan dengan komposer Anang Hermansyah sebelum ini.

"Yanti sihat, apa yang ketara ialah selepas melahirkan anak ketiga ini, bentuk badannya lebih kurus dan cantik," ujarnya seperti dipetik detikhot.com.
Selain itu, demi perkembangan yang sempurna, Krisdayanti memilih untuk memberi susu badan sepenuhnya kepada bayinya itu.

Hingga kini, saudara mara serta rakan taulan KD masih lagi mengunjunginya. Penyanyi Menghitung Hari ini dijangka dibenarkan pulang daripada hospital pada, Jumaat.

No comments: