Sunday, 11 September 2011

Nenek Buat Baju Dengan Rambutnya Sendiri

 Adejer Idea

Sangat unik dan hal ini mungkin tidak pernah dilakukan oleh seorang pun sebelum ini dimana wanita berasal daripada Romania ini telah membuat pakaian dari rambutnya sendiri. Bukan baju sahaj, Iona Cioanca, 71 tahun,  juga membuat sembilan barang dari rambutnya dari topi, dompet serta baju.



Wanita ini meenyimpan rambutnya sejak usia 16 tahun sehingga panjang rambutnya mencapai 40 inchi.

Bertahun-tahun dia menunggu rambut  tumbuh panjang agar boleh dijadikan bahan untuk pakaian. Dia akhirnya boleh melakukannya.

Dia mempunyai sembilan item: topi, selendang, skirt, baju, jaket hujan, dompet, tas, dan sepasang sarung tangan.



Barang-barang yang dibuat dari rambutnya memiliki warna yang lebih terang kerana barang-barang itu dibuat dalam 10 tahun terakhir ketika rambutnya sudah beruban.

Cioanca mengaku barang-barang yang dibuat dari rambutnya cukup nyaman dipakai dan hangat. Dia berharap namanya boleh masuk rekod agar orang tahu bahawa rambut manusia sangat berguna.

No comments: