Monday, 12 September 2011

Senarai Kutipan Box Office Filem Malaysia

Pengarah muda terkenal, Syamsul Yusof boleh berbangga dengan pencapaian peribadinya apabila filem terbarunya, KL Gangster berjaya berada di tempat pertama carta filem Malaysia dengan kutipan paling tinggi. Syamsul yang telah beberapa kali memadam rekod ayah’nya sendiri, pastinya tidak terkejut dengan pencapaian ini di mana filem Syamsul sebelum ini juga berada di tangga ke-4 carta box-office iaitu filem Khurafat.

Filem keluaran Metrowealth, Ngangkung dan Kongsi berada di tempat ke-2 dan ke-3 dengan kutipan RM3 juta dibelakang filem KL Gangster iaitu sebanyak RM8.18 juta dan juga RM8.09 juta berbanding kutipan KL Gangster sebanyak 11.74 juta.





KRU yang mempertaruhkan filem dengan kos yang besar, Hikayat Merong Mahawangsa hanya berpuas hati di tangga ke-7 dengan jumlah kutipan sebanyak RM6.5 juta dibelakang filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Adnan Sempit.

Semoga pengarah tempatan kita dapat menghasilkan filem yang lebih hebat di masa hadapan sekaligus dapat bersaing dengan filem-filem luar. Lebih menarik, jika dapat ditayangkan serentas seluruh dunia. Ianya bukan mustahil bila melihat perkembangan yang sihat di dalam industri filem kita ini.

Apapun, kutipan filem yang tinggi tidak membawa makna filem itu hebat. Kutipan filem juga mengambil faktor bila filem tersebut ditayangkan. Mana mungkin filem melayu yang ditayangkan pada hari filem Transformers ditayangkan nak dapat jumlah kutipan yang besar.

Apapun carta ini hanya sah sehingga awal penghujung Jun 2011. Kami mengjangkakan dalam update terkini oleh FINAS nanti, Hantu Bonceng mungkin akan mendapat tempat di dalam carta tersebut. Tahniah buat penggiat seni tempatan.


kredit - ohartis

tags: box office malaysia, kutipan tertinggi filem malaysia, kutipan tertinggi filem di malaysia,

No comments: