Wednesday, 7 September 2011

Senarai Rangking Universiti Di Malaysia

Kedudukan Terkini Ranking Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia 2011/2012

Universiti Malaya (UM) adalah satu-satunya institusi di Malaysia yang telah disenaraikan dalam Top 200 Universiti di QS World University Rankings 2011/12.

UM berubah sehingga 40 tempat kepada kedudukan 167 pada tahun ini berbanding kedudukan 207 pada tahun 2010.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah merosot ke bawah kedudukan (lihat jadual).

UKM berada di kedudukan 279 tahun ini berbanding kepada 263 pada tahun 2010; USM pada 335 (309), UPM 358 (319) dan UTM di antara 401 dan 450 (365).

senarai ranking universiti di Malaysia 2011
Untuk pertama kalinya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah dimasukkan ke dalam kedudukan di 451-500 dan 601+ masing-masing.

Syabas diucapkan kepada Universiti Malaya yang kembali berada di dalam kelompok 200 Universiti terbaik dunia. Walaubagaimanapun, bagi BP kedudukan ranking ini hanyalah nombor semata-mata dan sekadar pencetus semangat.

No comments: