Wednesday, 28 December 2011

Ahli Politik Ditangkap Khalwat Bersama Isteri Orang

gambar hiasan


KANGAR - Tindakan seorang ahli politik duduk bergelap dalam kereta bersama isteri orang, mengundang padah, apabila gelagat mereka disedari sekumpulan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang kemudian memanggil imam kampung, sebelum pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat.


Kejadian berlaku pada jam 1.26 pagi berdekatan resort di Sungai Batu Pahat, di sini, 24 Disember lalu.

Menurut sumber daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (Jaips), ahli politik berusia 35 tahun dan sudah berkeluarga, ditahan bersama pasangannya berusia 30 tahun dalam kereta Proton Wira, berhampiran semak-samun.

Menurutnya, kelibat pasangan itu pada awalnya disedari sekumpulan ahli SRS Kampung Sungai Baru, Sungai Batu Pahat sebelum imam kampung dipanggil untuk menyoal siasat pasangan berkenaan.

“Mereka kemudian ditahan selepas gagal menunjuk-kan dokumen sebagai bukti hubungan mahram atau suami isteri sebelum diserahkan kepada Jaips untuk tindakan selanjutnya.

“Laporan ke atas kedua-dua pasangan itu turut dibuat di Balai Polis Kangar sebelum dijamin oleh keluarga masing-masing,” katanya di pejabat Jaips di sini, semalam.

Menurut sumber itu lagi, ahli politik berkenaan dan pasangannya hadir ke pejabat Jaips semalam, untuk memberikan keterangan selama sejam.

“Keterangan tertuduh mula diambil oleh pegawai Jaips pada 9.45 pagi dan berakhir 10.45 pagi, dimulakan dengan tertuduh lelaki diikuti dengan pasangannya.

“Buat masa ini, Jaips memutuskan 18 Januari 2012 sebagai tarikh permohonan agar kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Kangar, memandangkan kami masih menunggu keterangan saksi yang menahan pasangan itu termasuk imam masjid,” katanya.

Jurucakap itu berkata, pasangan berkenaan ditahan dan didakwa bawah Seksyen 9(1)(2), Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis, 1991 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tuesday, 20 December 2011

Pondan Jadi Pramugari


Sebuah syarikat penerbangan Thailand yang baru saja beroperasi, PC Air, membuat langkah mengejutkan dalam ‘merekrut’ pramugari mereka.

Syarikat ini mengambil keputusan menerima pondan sebagai pramugari, pergh!
Pramugari transeksual ini merupakan pramugari ‘batch’ pertama yang diterima syarikat penerbangan ini.

Daripada lebih dari 100 orang pondan yang memohon, tiga daripadanya diterima berkhidmat.
Salah seorangnya pemenang pertandingan ratu cantik transeksual Thailand- Miss Tiffany Universe 2007- Thanyarat Jiraphapakor.

Kriteria pemilihannya sendiri dikatakan tidak berbeza dengan kriteria para pramugari lainnya.
Syarikat tidak kisah sama pondan-pondan itu telah ‘membuang’ zakar mereka atau tidak, yang penting mereka mesti memiliki kemampuan komunikasi yang baik dan sanggup memberikan pelayanan yang sempurna.



Pramugari ker..,pramugara ek..ker pramugarari...hehe

p/s : elok gak la..dari biar mereka jual bontot yer dak..?

Sunday, 18 December 2011

Lelaki Jadi Model Coli



Pada pandangan pertama, ini ialah iklan yang nampaknya normal untuk coli push-up… sehingga anda menyedari yang model cantik yang mengghairahkan ini sebenarnya adalah LELAKI.

Rantaian runcit Belanda HEMA telah membuat kejutan melalui dunia fesyen dengan menggunakan peragawan Andrej Pejic dalam kempen pakaian dalam terbarunya.

Androgini berumur 20 tahun mempromosikan gedung diskaun baru 'Mega push-up bra' dalam satu siri iklan-iklan yang telah menggemparkan dunia.

Kempen yang kontroversi ini telah menjadi buah mulut di laman rangkaian sosial, dengan 'trending topic' di Twitter cuma beberapa jam setelah iklan-iklan telah dikeluarkan.



Satu pengguna tweeted: “Kempen HEMA itu hebat : Andrej Pejic memakai coli push-up?!

“Jika seorang lelaki nampak bagus memakai coli itu, ia mesti adalah benda yang baik dan patut dibeli.”

Ketampanan androgini dari Bosnia ini telah membuatkan dia menjadi pilihan daripada model-model dalam permintaan masa.

Pejic, yang telah dibesarkan di Australia, memakai pakaian wanita bukanlah perkara asing bagi dirinya.

Ejen Joseph Tenni Frockwriter, Pejic berkata: “Ia revolusioner. Saya tidak pernah mengenal seorang lelaki sanggup menjadi wanita' dalam kempen pakaian dalam".



Gitu la rupanya Andrej Pejic setelah di bogelkan

Saturday, 17 December 2011

Pisang Buat Wanita Ghairah



KAHERAH: Seorang ulama yang tinggal di Eropah menasihati wanita supaya menjauhi pisang atau timun dalam usaha untuk mengelak sebarang pemikiran seksual.

Ulama yang tidak mendedahkan nama itu berkata jika wanita mahu memakan makanan berkenaan, pihak ketiga seorang lelaki yang mempunyai hubungan dengan mereka seperti bapa atau suami perlu memotongnya kepada kepingan kecil dan menghidangkan kepada mereka.

“Buah-buahan atau sayur itu mempunyai bentuk seperti kemaluan lelaki dan boleh membuatkan mereka memikirkan mengenai seks,” katanya yang dipetik laman berita el-Senousa. Beliau berkata sayur seperti lobak merah dan zucchini turut disenaraikan sebagai makanan yang dilarang kepada wanita.

Ulama berkenaan ditanya bagaimana untuk mengawal wanita apabila mereka keluar membeli belah barangan runcit dan jika membeli barangan ini di pasar akan memburukkan mereka. Beliau menjawab bahawa perkara itu adalah urusan antara mereka dan Tuhan.

Ditanya mengenai apa yang perlu dilakukan jika wanita dalam keluarga menyukai makanan terbabit, sheikh berkenaan menasihatkan supaya makanan itu dipotong di tempat yang tersembunyi yang tidak boleh dilihat wanita berkenaan sebelum diberikan kepada mereka.

Pendapat berkenaan telah mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan umat Islam terutama di talian apabila beratus-ratus komen dilihat sebagai mengejek ulama itu. Seorang pembaca berkata pemimpin agama seperti ini memberikan nama buruk kepada Islam manakala komen lain berkata ulama berkenaan perlu berhenti dari jawatannya dengan segera. Pada masa sama beberapa pihak mendakwa ulama terbabit sengaja cuba meraih populariti tetapi tiada sebarang kenyataan jawapan daripada ulama terbabit.

*****************

Jilaka.., pisang pun ghairah ker...=)

Friday, 16 December 2011

Budak 19tahun di Sihir Menjadi Nenek

Adajer benda pelik dekat dunia ni

Terlihat satu laman web dari Indonesia tentang gadis berumur 19 yang berubah menjadi tua akibat disihir. Ada gambar yang disertakan tapi tak tahulah nak percaya ke tidak. Lepas siasat kat Google rupanya kisah ni memang dah popular kat Indonesia.

Ita Susilawati, seorang perempuan yang menjadi pujaan lelaki2 dikampungnya berubah wajah dan badan menjadi nenek tua setelah dia berkahwin dengan suaminya, Hendra. Ketika perkahwinan mereka berumur kira2 3 bulan, Hendra kembali ke kampung halamannya untuk mencari kerja.

Ita kemudian bermimpi dikejar dan dipatuk dua ekor ular yang besar dan berwarna hitam. Pada mulanya dia menganggap itu cuma satu mainan tidur namun selepas tiga hari tengkuknya mula berasa panas dan perit seperti bekas ditampar dengan kuat. Tidak lama kemudian, kedua2 tangan dan pehanya tumbuh bintik2 merah, dadanya mengerut seperti kecut dan berasa seperti direbus dalam air panas!

Semua doktor dan bomoh yang merawat Ita buntu dan tidak tahu apa punca sebenar penyakit misteri yang dideritai Ita. Dia dibawa pulang, suaminya masih tidak balik. Di rumah, Ita makin menderita. Kulit matanya membengkak seperti menutupi bahagian mata dan melebeh. Perutnya pula ditumbuhi benjolan sebesar penumbuk orang dewasa. Ada cerita yang mengatakan sebenarnya Hendra telah merampas Ita yang pada masa itu sudah bertunang.

Namun Ita memutuskan tunang dan berkahwin dengan Hendra. Hendra pula, selepas pulang lalu menemui Ita dalam keadaan begitu, telah pergi semula dan tidak kembali lagi. Dikhabarkan,Hendra juga juga berkahwin lain selepas mendapati keaadan isterinya menjadi sedemikian rupa...Kesian Ita kan?

Akhirnya Ita meninggal atas penyakit misteri yang dideritainya. Sama ada betul atau tak andaian yang dia dah kena sihir, itu Wallahualam.

Dan ini adalah gambar setelah Ita didakwa disihir..