Friday, 27 April 2012

Gambar Bekas Pelacur Menjadi Model

Zahia Dehar

Zahia Dehar ialah seorang wanita Perancis berketurunan Morocco yang menjadi terkenal suatu ketika dulu kerana terbabit dalam skandal seks membabitkan pemain bola sepak Perancis. Beliau mengaku dilanggani Franck Ribery, Karim Benzema dan Sydney Gouvou dengan bayaran EUR 2000 walaupun ketika itu beliau berumur 16 tahun.

Walaupun pelacuran adalah dibenarkan di Perancis, hanya wanita berumur 18 tahun keatas dibenarkan melacur. Skandal ini hampir mengakibatkan Franc Ribery dipenjara kerana melakukan seks dengan gadis bawah umur. Just so u know, Franc who is a muslim is a married man also. Anyways Zahia Dehar menggunakan skandal ini untuk mengubah gaya hidup.

Beliau berhenti melacur dan kini menjadi model serta pereka pakaian dalam. Semalam beliau mempamerkan koleksi pakaian dalam beliau di Paris Fashion Show. Baguslah tidak melacur lagi. Kembalilah ke jalan yang benar.

Thursday, 26 April 2012

15 Fakta Menarik Allahyarham Tan Sri P. Ramlee



Rata-rata orang Malaysia sangat mengenali dengan pelakon lagenda ini, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee bukan? Di sini saya ingin berkongsi fakta-fakta menarik yang sebelum ini kami sendiri juga tidak tahu.

1. Mempunyai empat jenis tandatangan dan dalam kad pengenalannya yang diisukan pada tahun 1964 setelah berpindah ke Kuala Lumpur dari Singapura, ruangan ‘race’ atau bangsa dibiarkan kosong.

2. Ketika kecil, selepas mengaji Quran, P. Ramlee akan berlakon di padang di hadapan kawan-kawannya dengan membawakan watak-watak wira seperti Hang Tuah, Robin hood, Zorro, Sea Hawk, Captain Blood dan Tarzan.

3. Terlalu kurus dan berjerawat batu ketika mudanya; suka ponteng sekolah, tidur dalam kelas, dan suka bermain dam. P. Ramlee bukan dari kalangan pelajar cemerlang. Beliau juga tidak gemar membaca – satu-satunya novel kegemaran P. Ramlee adalah berjudul ‘Atheis’ karya Achdiat K. Miharja.

4. Sangat meminati sepak takraw. P. Ramlee pernah menyumbangkan piala pusingan Oscar P Ramlee Sumbang Sih kepada Persatuan Sepak Takraw Singapura.

5. Azizah, lagu pertama yang menjulang namanya adalah inspirasi buah hatinya di Pulau Pinang; identiti wanita tersebut kekal misteri sehingga kini; mendapat bayaran royalti pertama bernilai RM3,000 dari syarikat T. Hemsley untuk lagu ini beberapa hari sebelum rusuhan Bertha Hertog atau Natrah pada tahun 1951.

6. Fasih berbahasa Jepun dan cekap bermain peralatan muzik seperti piano, gitar, biola, ukulele, trompet dan akordion. P. Ramlee tidak tahu bermain saksofon!

7. Lagu “Kewk Mambo” diinspirasikan daripada nama sahabat baiknya, Pengurus Produksi Malay Film Productions, Kwek Chip Jian.

8. Orang pertama mempersoalkan bayaran gaji pekerja-pekerja produksi; juga yang pertama memperkenalkan gabungan perkataan ‘pawagam’ (panggung wayang gambar); digunakan pada PAWAGAM P. RAMLEE (dulunya terletak berhampiran pusat membeli-belah Sogo dan Kompleks Pertama).

9. Jika di rumah, P. Ramlee selesa berpelikat yang dipakai bersama T-shirt Pagoda putih, suka memasak dan resipi ringkas kegemarannya adalah kacang panjang (digoreng hingga lembut) campur ikan bilis masak kicap.

10. Menu harian: ikan goreng dan ulam, ikan terubuk, kari ketam dan kuah laksa paling disukai, juga gemar berkunjung ke restoran Sup Setapak (masih wujud ke hari ini).

11. Tabiat pelik: suka mencium-cium aroma nasi kandar yang masih lekat di tangannya! Nasi Kandar ‘Line Clear’ adalah kegemaran P. Ramlee!

12. Sazali memainkan watak anak petani/peladang dalam filem Anak Bapak dan bersama anak-anak yang lain, mereka menjadi suara latar untuk lagu “Tolong Kami Bantu Kami” dalam filem 3 Abdul.

13. Mendengar lagu Jalak Lenteng nyanyian Rubiah berulang-ulang kali setiap kali berhadapan masalah.

14. Pernah ‘diboo’ dan disuruh turun pentas ketika menyanyi di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur menjelang kebangkitan irama pop-yeh-yeh.

15. Menghasilkan 18 buah filem dalam tempoh 8 tahun (1964 – 1972) dengan hanya menggunakan perkakasan ‘second-hand’ di Studio Merdeka, Ulu Kelang!

Sunday, 22 April 2012

Wanita Diraba Apabila Ditangkap


Bila nafsu menguasai diri..wanita yang ditangkap pun diambil kesempatan untuk diraba...itulah dia manusia gila seks yer dak..??

Tengok gayanya konon nak tangkap..tapi amik kesempatan sekali..derm..!!



Bawah ni ada videonya, nampak sangat amik kesempatan kan..??



Monday, 16 April 2012

Mark Zuckerberg lawat Shanghai bersama kekasih



SHANGHAI - Percutian Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg di sini mencetuskan spekulasi di Internet bahawa Facebook mungkin kembali ke China.

Beberapa penulis blog yang teruja memuat naik gambar pengasas Facebook dan teman wanitanya itu di sebuah kedai Apple dan di galeri seni di Shanghai kelmarin.

Mereka melahirkan harapan ia mungkin bermakna akses ke laman sosial popular itu kembali ke China sejak ia disekat pada tahun 2009.

“Adakah ini bermakna… Facebook bersedia untuk tidak disekat?” kata seorang pengguna mikroblog, Sina Kelisisong.

Facebook memiliki lebih 800 juta pengguna seluruh dunia dan ia mendahului rangkaian sosial di kebanyakan negara kecuali enam buah negara termasuk Rusia dan China.



Pada bulan lalu, pihak Facebook yang berpangkalan di California menyatakan ia ‘menilai untuk memasuki China’ yang merupakan pasaran Internet terbesar dunia.

Beberapa penganalisis berkata, peluang Facebook untuk memasuki semula pasaran di negara yang memiliki setengah bilion pengguna Internet tipis.

Bagaimanapun, pengguna Internet China meramalkan Zuckerberg, 27, mungkin mahu menembusi pasaran China semasa berada di sini.

“China sentiasa menjadi pusat perhatian (kepada firma teknologi asing),” kata seorang penulis blog, Qimeng Luosong.

“Mungkin esok, apabila kita bangun pagi, kita akan boleh membuka Facebook,” tambahnya.

Beijing cuba untuk menyekat kandungan yang dipercayai sensitif melalui sistem penapisan yang dikenali sebagai ‘Great Firewall of China’.

Para pengguna Internet hanya boleh mengakses laman-laman yang disekat menerusi rangkaian persendirian.

Sebelum ini, Zuckerberg berkata, dia menghabiskan banyak masa mempelajari bahasa Cina dan melawat negara itu pada Disember 2010 bersama kekasihnya, Priscilla Chan, ketika bertemu ketua ejen carian terbesar di negara ini, Baidu.

Marvel’s The Avengers



Pergh..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! filem paling aku tunggu tahun ini ialah The Avengers..,  Di sebabkan nuffnang bermurah hati nak kasi tiket free aku sanggup bertukus lumus untuk mendapatkan tiket free The Avengers dari Nuffnang..('',)

Aku pasti filem yang dinantikan semua orang  untuk di tonton dipawagam salah satunya ialah The Avengers yer dak..??




What superhero would you be if you could create a new member for The Avenger’s team and how would you save the world...??

****************

Kalau diberi peluang untuk aku menjadi salah seorang super hero dalam The Avenger, aku ingin menjadi Optimus Prime...('',) yeeeeeeehaaaaaaaaaa

Optimus Prime seorang yang besar lagi hebat berlawan...Selain itu dengan idea yang ada pada Optimus Prime pasti dia tidak mengecewakan...


Macam mana nak selamatkan bumi.

Dengan adanya Optimus Prime dalam The Avenger, sudah pasti kekuatan yang ada pada Optimus Prime dan rakan lain mudah untuk menewaskan musuh..

Optimus Prime selaku ketua kerana perancangannya yang sangat bijak pasti berjaya mematahkan segala muslihat dari pihak musuh..

Optimus Prime akan mengarahkan geng-geng The Avengers yang lain untuk menghapuskan semua musuh
.

 Yeeaaahhhh!!!!!!!!! amik kau " kata optimus prime"

 
Kebaaabooom...!!!!!!!!!!!!!"


"woi jaga-jaga woi.." jerit Thor kepada semua


"Padan muka kau..!!!!!!!! arghhhhhh!!!!! " jerit HULK


" rilek jer gua hapuskan musuh" kata captain amarica tanpa perlu jerit



"semua musuh dah mati jom kita balik tengok anak bini " kata ironman dalam hati..





Akhir sekali semua MUSUH mati....BUMI dapat diselamatkan dengan idea yang paling bernas daripada


OPTIMUS PRIME @ UJANG The Avengers..


Sekian....Peace (~_^)v

*nak cerita yang logik jangan tengok The Avengers ok...hee


P/S : semoga Nuffnang yang comel dapat kasi gua tiket wayang ni..thanks..


Friday, 13 April 2012

Pokok Paling Besar Di Dunia






"The General Sherman Tree" itulah nama pokok terbesar di dunia.Pokok terbesar dunia itu terletak di taman hutan di Sequila National Park,california,USA.Pokok yang mempunyai ketinggian 275 kaki(83.3 meter) dan diangarkan berusia lebih dari 2,300 tahun.Pokok yang mempunyai diameter lebih 50 meter itu sangat besar dan memerlukan lebih dari 50 orang untuk memeluk keseluruhan pokok tersebut.Pokok tersebut Masih membesar sehingga ke hari ini,dan mungkin akan menjadi lebih besar lagi